Tuesday, June 3, 2008

Jelingan Ayah

Dipetik dari http://www.yynr.org

Kisah ini benar-benar terjadi pada ku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran pada ku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukai nya. Contoh nya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada ku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempat nya.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggung nya. Aku yang 'konon' nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayah ku yang sedang solat terus memberi jelingan garang nya pada ku. Aku pun faham maksud nya itu, lalu terus memasukkan kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung nya.

Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka.

No comments:

Post a Comment